Monday 28 February 2011

Tajuk : Saudara Muallaf
Disediakan Untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan Oleh : Nur Hazirah binti Abdul Rejab
No. Pelajar : 2010611436
Kumpulan : BMB2Bc
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh Serahan : 7 Mac 2011

ISI KANDUNGAN
1.       ABSTRAK

2.       PENDAHULUAN
3.       LATAR BELAKANG
4.       SEBAB-SEBAB MEMELUK AGAMA ISLAM / CARANYA
5.       CABARAN
6.       CARA PENYELESAIAN
7.       KENANGAN MANIS
8.       SUMBANGAN
9.       HARAPAN BELIAU
10.   KESIMPULAN



PENDAHULUAN

      Sebagai muslim baru, mereka memerlukan teman, tempat berlindung dan juga pembimbing untuk mendalami Agama Islam. Orang-orang yang baru sahaja berhijrah ke dalam Islam. Memerlukan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari ancaman, hinaan, cemuhan daripada orang sekeliling serta dari keluarga mereka yang tidak dapat menerima mereka. Perpindahan agama ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu, kali ini saya berkesempatan menemu bual seorang saudara baru Islam dan telah mendalami pengalaman beliau ketika memeluk Agama Islam.





ABSTRAK

        Muallaf atau saudara baru ialah orang yang dijinakkan hatinya. Termasuk juga dalam kategori muallaf ini ialah orang yang masih lemah niatnya di dalam Islam. Selain itu, muallaf ialah golongan yang diharapkan terhapus niat jahat mereka terhadap orang-orang Islam atau mengharapkan kebaikan daripada mereka dalam menolong dan mempertahankan orang-orang Islam. Kisah ini menceritakan tentang kehidupan seorang muallaf semasa dan selepas beliau memeluk Agama Islam. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan ketika beliau memeluk Agama Islam walaupun baru berusia 4 tahun. Beliau juga terpaksa mengharungi cemuhan-cemuhan dan kata-kata sindiran daripada orang-orang sekelilingnya. Semua dugaan tersebut diterima dengan penuh sabar. Di tambah pula, ibu kandungnya sendiri turut membuangnya dan tidak menerimanya lagi kerana hanya beliau dan ayahnya sahaja yang memeluk Agama Islam. Beliau telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kandungnya sendiri sejak memeluk Agama Islam. Namun, semua itu telah diatasinya dengan baik dan beliau menerimanya dengan sabar. Semua ujian Allah s.w.t ini, langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi umat Islam dan terus mendalami Agama Islam sehingga sekarang.




LATAR BELAKANG


            Nama yang diberi ketika Islam ialah Atiqah Yasmin binti Muhammad Amir. Sebelum ini beliau berbangsa Cina. Nama beliau sebelum Islam ialah Low Hui Lin. Beliau memeluk Agama Islam ketika berumur 4 tahun. Kini beliau sudah berumur 26 tahun. Beliau memeluk Agama Islam pada tahun 1989. Pada tahun ini, sudah 21 tahun beliau memeluk Agama Islam dan bergelar sebagai seorang umat Islam. Beliau dilahirkan pada 11 Februari 1985. Beliau berasal daripada Singapura. Beliau telah dibesarkan di negeri  Johor dan Kedah. Beliau mendapat pendidikan di  Sekolah Kebangsaan Sungai Ular di Kedah dan Sekolah Menengah Kulim juga di Kedah. Belaiu telah berkahwin pada umur 21 tahun dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu lelaki dan perempuan.  Suaminya berasal daripada Pulau Pinang. Beliau kini bekerja sebagai seorang promoter di salah sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang. Beliau kini telah menetap di Pulau Pinang.


SEBAB MEMELUK AGAMA ISLAM & CARANYA

             Beliau memeluk Agama Islam kerana mengikut ayahnya. Ayahnya yang dulunya berbangsa Cina yang berasal daripada Singapura ingin memeluk Agama Islam dan turut mengajak ibunya juga tetapi mendapat tentangan. Sebelum memeluk Islam, ayahnya bernama  Low Kwang Chek. Ketika memeluk Islam ayahnya berumur 27 tahun. Kini ayahnya sudah berumur 54 tahun. Oleh kerana mendapat tentangan daripada ibunya, hanya beliau dan ayahnya sahaja yang memeluk Agama Islam. Kemudian mereka telah berhijrah ke Malaysia dan telah menetap Johor Bahru. Oleh itu, segala ilmu tentang Agama Islam telah dipelajari oleh beliau di Malaysia. Beliau telah mendapat pendidikan tentang ilmu pengetahuan termasuk pengetahuan agama Islam di negeri Johor dan Kedah. Kebanyakannya beliau mempelajarinya di Kedah. Pada beliau berumur 12 tahun, beliau pernah ke pejabat Islam untuk mengucap dua kalimah syahadah dan hal ini adalah untuk mendapatkan kesahihan beliau sebagai umat Islam.




CABARAN-CABARAN

          Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang bergelar umat Islam. Namun semua itu dihadapinya dengan penuh sabar. Cabaran yang pertama ialah beliau telah kehilangan ibu kandungnya. Ketika ingin memeluk Islam, beliau dengan ayahnya mendapat tentangan hebat daripada ibu beliau. Ayahnya cuba memujuk namun ibunya tetap membantah. Hanya beliau dan ayahnya yang memeluk Islam. Oleh itu, kehilangan ibunya ketika berusia 4 tahun bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kasih sayang daripada ibu kandungnya sendiri hanya dirasai selama 4 tahun sahaja. Cabaran yang kedua pula ialah tidak diterima oleh ibu tiri. Selepas ayahnya berpindah ke Johor Bahru, ayahnya telah telah berkahwin dengan seorang janda beranak seorang. Namun setelah ayahnya berkahwin, ibu tirinya tersebut telah menolaknya dan tidak mahu menjaga beliau karana merasakan beliau memberi bebanan kepada ibu tirinya tersebut. Cabaran yang ketiga ialah ketika di zaman persekolahan beliau sering menerima kutukan, hinaan, dicaci oleh sgelintir rakan-rakan. Antara penghinaan ialah beliau dikatakan memakan daging khinzir, berpakaian menjolok mata (seksi). Padahal beliau menutup aurat dan juga memeluk Islam ketika kecil lagi. Semua perkara dan hinaan tersebut langsung tidak dilakukan oleh beliau. Cabaran keempat pula ialah beliau turut menghadapi masalah untuk mendapatkan status kewarganegaraan. Beliau terpaksa membayar tunai pada setiap bulan sebanyak RM300 untuk mendapat kebenaran menetap di Malaysia. Beliau juga sering menanti status kewarganegaraan Malaysia dengan penuh sabar.



CARA PENYELESAIAN

         Bagi cabaran pertama, beliau dan ayahnya hanya bertawakal dan berserah kepada Allah swt dengan membawa diri ke Malaysia kerana tidak diterima oleh ibunya dan sanak saudara mereka di Singapura. Mereka tetap meneruskan niat mereka untuk memeluk Agama Islam.

Cabaran kedua, apabila ibu tirinya menolak beliau sebagai anak, ayahnya terpaksa menghantar/ menyerahkan beliau ke keluarga angkat yang juga menetap di Johor Bahru. Keluarga angkat beliau amat baik hati dan menerima beliau dengan hati yang terbuka. Ayahnya kadang kala menziarahi beliau ketika di rumah keluarga angkatnya. Beliau amat gembira walaupun terpaksa berjauhan dengan ayah kandungnya sendiri.
Cabaran ketiga, apabila beliau dihina, beliau hanya bersabar dan berdoa kepada Allah swt. untuk menguatkan hati dan semangat beliau . beliau juga berdoa agar orang sekeliling tidak menghina beliau dan menerima dirinya sebagai umat Islam.
Cabaran keempat, beliau menanti dengan penuh kesabaran status kewarganegaraan mengikut beberapa langkah yang tertentu yang perlu diikuti. Beliau telah mengikuti proses-proses tersebut dan beliau hanya mampu berdoa dan bertawakal untuk memperolehi status kewarganegaraan tersebut.






KENANGAN MANIS

         Berkat daripada kesabaran dan kecekalan beliau, akhirnya ibu tirinya beliau menerimanya dan ketika beliau berusia 11 tahun beliau tinggal bersama ibu tirinya dan ayah kandungnya dan mereka berpindah ke negeri kedah. Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga angkatnya, beliau amat gembira dapat kembali bersama dengan keluarga kandungnya sendiri. Di kedah lah beliau mendapat pendidikan UPSR, PMR, dan SPM serta ilmu-ilmu pengetahuan tentang Islam. Beliau mempelajari cara-cara membaca Al-Quran , tajwid, fardhu ain dan cara berpakaian yang betul mengikut kehendak Islam iaitu cara-cara menutup aurat wanita Islam dengan sempurna. Semua pengalaman tersebut dijadikan sebagai kenangan manis dan terindah dalam hidup beliau ketika bergelar umat Islam. Walaupun beliau berjauhan dengan keluarga angkatnya, tetapi mereka masih berhubungan melalui telefon serta mereka sering ziarah menziarahi sesama sendiri sehingga kini. Beliau juga amat gembira apabila diterima umum, rakan-rakan, suami tercinta serta mendapat keluarga mertua yang amat mengambil berat tentang diri beliau. Kegembiraan beliau ditambah apabila mendapat status kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia pada awal tahun ini setelah beliau telah bertahun-tahun memohon. Beliau tidak perlu lagi membayar permit. Sepanjang hidup bersama keluarga angkat, beliau amat gembira kerana beliau sentiasa diberi perhatian, diambil berat, dilayan seperti keluarga sendiri dan tiada sikap pilih kasih antara mereka.





SUMBANGAN

       Menurut beliau tiada sebarang sumbangan yang dilakukan. Tetapi bagi saya, saya dapat lihat beberapa perkara yang dilakukan oleh beliau. Ketika perkenalan saya dengan beliau, iaitu kami bekerja bersama-sama. Sepanjang kami berkenalan dan saya bekerja bersama-sama beliau, saya dapat perhatikan beliau tidak pernah mengabaikan solat lima waktu. Beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam. Keadaan ini telah mempengaruhi orang-orang sekeliling untuk turut menunaikan solat fardhu lima waktu dan juga mengingatkan saya. Apabila waktu bekerja, ada kalanya kami masing-masing tidak mempunyai pelanggan, beliau akan dan sering memberi nasihat kepada kami yang lebih muda daripada beliau tentang Agama Islam. Kebanyakan nasihat beliau amat berguna kepada kami semua. Bagi saya juga, apabila timbul sebarang keraguan tentang agama Islam saya juga akan terus merujuk dan bertanya kepada beliau tanpa rasa segan silu. Beliau dengan ramah dan baik hati sedia berkongsi ilmu yang telah dipelajari sepanjang menjadi Ilmu Agama Islam.



HARAPAN BELIAU

       Beliau berharap agar lebih ramai saudara baru memeluk Agama Islam serta kebajikan orang-orang Muallaf lebih terjamin dari segala aspek. Beliau turut berharap agar tiada sebarang penghinaan dari rakan-rakan seagama Islam terhadap golongan muallaf. Beliau mengharapkan orang-orang Islam dapat menyokong, membantu dan menerima seadanya insan-insan yang bergelar muallaf ini ke dalam Islam kerana sesungguhnya itu adalah amalan yang mulia. Sekiranya timbul sebarang masalah atau keraguan, mereka dapat bertanya tanpa rasa segan silu kepada orang-orang Islam yang menyokong mereka. Oleh itu, sokongan dan dorongan yang baik amatlah diharapkan dan ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan muallaf dan ia juga dapat dijadikan suatu penghargaan yang tidak ternilai bagi mereka.



PENUTUP

           Ringkasnya, muallaf boleh dimaksudkan sebagai mereka yang memeluk agama Islam dan imannya dhaif. Di samping itu, diharapkan kecenderungan hatinya atau keyakinannya terhadap Islam semakin bertambah. Ataupun, mereka yang memeluk agama Islam, imannya kuat dan dipandang tinggi oleh kaumnya, diharapkan agar ia boleh menarik minat orang lain untuk memeluk agama Islam atau dapat mempertahankan kejahatan serta muslihat orang-orang kafir di sekelilingnya. Memeluk agama Islam adalah sesuatu perkara yang amat baik dan amat dikehendaki dalam Agama Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu menunjukkan nilai-nilai yang terbaik untuk menarik minat orang-orang bukan Islam terhadap agama Islam dan menghormati kita sebagai umat Islam yang sejati. Kita juga hendaklah memberi penghormatan dan menerima saudara-saudara baru kita (muallaf) dengan hati yang terbuka dan juga jangan sesekali menghina mereka.


RUJUKAN
  •  Pn. Atiqah Yasmin binti Muhammad Amir
  • Ustaz Abd Aziz bin Harjin
  • Al - Quran
  • Internet